Monday, 6 February 2012

Surprise Tak Menjadi.

Kali ni kita tinjau jambangan bunga chocolate tangan plak. Jambangan bunga chocolate ni ditempah oleh pensyarah Politeknik Shah Alam. 2 minggu sblom tarikh penghantaran dia dah tempah tau.

Chocolate Hand Bouquet

Ni lah hasilnya. Kami dah berpakat ngan Yati nak surprisekan husben dia. Hari tu bday yang ke 40 En Mansor, husben Yati. Seawal 7.40 pagi krew Lynn Delight dah kluar menjalankan tugas. Sbb saya berjanji ngan Yati untuk sampai ke rumahnya sekitar jam 8 pagi. Tiba rumah Yati, husben dia blom lagi balik dari masjid. Haru jadinya. Krew Lynn Delight pun mundar mundir la di kawasan rumah Yati sambil menunggu husben Yati pulang.

Yati menjangkakan husben dia mungkin pulang lewat. Ada acara agaknya di Masjid. Akhirnya Yati menyarankan agar jambangan bunga tu dihantar je ke rumah walaupun husben dia tak pulang lagi. Anak-anak Yati menyambut kami dengan gembira. Mungkin seronok barangkali melihat kami membawa jambangan bunga choc tu.

Chocolate Hand Bouquet

Setelah berurusan dengan Yati, Kami pun pulang. Terkilan sungguh, sbb sebaik saje kami pulang, kereta kami berselisih dengan kereta suami Yati. Apa nak buat. Surprise tak menjadi. Apa yang pasti, Yati amat berpuas hati dengan hasil kerja kami walaupun surprise tak menjadi. Hehehe.....

Selepas ni, nantikan pula cerita 'surprise delivery' yang lain pula. Sekian dulu dari kami.

Wassalam.




** Untuk menempah, klik di sini
** Untuk "Surprise Delivery", klik di sini

Sunday, 5 February 2012

Underwater CupCake.

Assalam,
Mari kita jenguk.....apa yang ada dalam akuarium ni........


Red Velvet Cupcake with Lemon Cream Cheese filling



Nampak penyu tak? Eh, ada star fish! Betul ke tu ketam.....Wow, nemo pun ada lah! Cutenye sotong tu. Alamak ada giant kerang la plak. Ada terumbu karang pink la. Rumpai laut tu pun nampak cute sangat la.

Happy 1st birthday Zara Erika. Mommy Elliya order cupcake ni khusus untuk Zara. 

Red Velvet Cupcake with Lemon Cream Cheese filling


Awesome tak!!!!!!!!!


** Untuk menempah, klik di sini
** Untuk "Surprise Delivery", klik di sini

Friday, 3 February 2012

Kek Kasih Sayang

Carrot walnut cake with cream cheese

Kek ini dibakar dengan penuh rasa kasih sayang. Kenapa yea saya berkata begitu? Kek ini ditempah oleh seorang kakak untuk adiknya yang sedang sarat mengandung anak sulung.Yatt menempah kek ni disaat akhir. Hari ni order, esok nak. Mana boleh dik. Tapi atas dasar rasa simpati, saya menerima tempahan dari Yatt. Kenapa yea?

Menurut Yatt, adiknya dah lama berkahwin, tapi masih belum dikurniakan anak lagi. Banyak ranjau yang perlu ditempuh oleh adik Yatt tatkala mengandung. Alahan yang teruk. Keluar masuk wad tak usah kira la. Hingga doktor menyarankan agar kandungan adik Yatt digugurkan saje. Kesian kan.... Ketika Yatt menunjukkan gambar carrot cake Lynn Delight ke adiknya, tiba2 dia kata, dia terliur nengok gambar tu. Atas dasar rasa kasih seorang kakak kepada adiknya, Yatt pun menempah kek ini. Sebab tu saya sudi menerima tempahan last minit beliau.


** Untuk menempah, klik di sini
** Untuk "Surprise Delivery", klik di sini

Tuesday, 17 January 2012

Selamat Datang

Selamat Datang ke blog Lynn Delight...

Blog ini masih baru... sabar ye...